Warehouse Sales- 70% OFF dan Baju Kurung Serendah RM30!

Warehouse Sales- 70% OFF dan Baju Kurung Serendah RM30!

Our First Ever Warehouse Sales 2024 


Pada 28-29 Disember lalu, Ayraeryna telah mengadakan Warehouse Sales di Bangi Gateway yang pertama kali nya selepas 4 tahun dalam industri. Event yang berlangsung selama dua hari ni telah berjaya kumpulkan kurang lebih 500+ penduduk sekitar bangi/kajang untuk menjadi pengunjung,  pembeli dan pemenang bertuah kepada event ini. Antara lain, ini adalah alternative kami untuk menghargai member ayraeryna yang telah support kami sepanjang 4 tahun ini. 


Diskaun kami sehingga 70%, Baju Kurung serendah RM20 !!

Dengan potongan harga sehingga 70%, ramai yang excited dapat grab baju kurung, baju kebaya pada harga yang memang tak masuk akal. Lebih 1,000+ helai baju berjaya dibawa pulang oleh pelanggan yang datang. Apa yang best? Kami turut adakan HAPPY HOUR DEAL yang mana 2 helai baju serendah RM30. Memang happening habis!


WhatsApp Image 2025-01-03 at 16.11.46

Gambar 1: Sekumpulan pelajar yang turut hadir support dan ada antara mereka telah menang spin and win.


Spin & Win + FREE Meals - ROTIWAP.

Lebih 30+ pembeli telah memenangi hadiah spin and win. Antara hadiah paling best adalah 1st prize kami RM100 off, FREE collection Baju bernilai RM139 dan macam macam lagi.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pembeli kami, kami telah menyediakan ROTI WAP secara percuma semasa event berlangsung. Walaupun permintaan tinggi dan roti habis awal, vibe event tetap onz. 


Sokongan & Kasih Sayang Pelanggan

Ramai yang kongsikan kegembiraan mereka di sepanjang event berlangsung. Ada yang sangat happy berjumpa dengan our brand Ambassador, Pija.
Namun, Ada antara pelangan kami di luar Selangor turut kongsikan rasa kecewa kerana tidak dapat bersama. Maaf dari pihak kami.


Event ni bukan sekadar shopping, tapi juga masa untuk connect bersama mereka yang sentiasa support kami. Kami akan banyakkan lagi aktiviti bersama , lebih dekat to our community, In sha ALLAH.


So, What Next?

Sebagai tanda terima kasih kepada semua yang hadir, kami teruja nak ajak korang explore Koleksi Raya 2025 kami, yang kini dah available secara online dan juga di butik.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan TikTok (@ayraeryna.my) untuk update terkini dan sneak peek koleksi yang bakal keluar nanti! andddd, 

psst- kami nak recruit AFFILIATE tau. limited slot. korang yang nak jual baju ayraeryna, yang nak buat duit masa rayaa, get ready yaa! kami akan sediakan content material , commision tinggi dan ada training macam mana nk jual. hehe. 


Terima kasih sebab sentiasa menyokong Ayraeryna. Tak sabar nak jumpa korang lagi di event kami yang seterusnya! Kempen raya tahun ni #RayadariHati. Pastikan raya 2025 ialah #rayawithayraeryna okay!


Dah ready nak bersinar Raya nanti?
Jom explore Koleksi Raya 2025 sekarang!

Bye Korang!
www.ayraeryna.com.my